Pages

Monday, November 1, 2010

SIFAT-SIFAT WANITA YANG DISUKAI LELAKI

  • Bersifat Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersifat keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak tonjolkan sikap keibuan.

  • Penuh Pengertian
Sikap penuh pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk bebrincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau melemparkan tuduhan melulu sebaliknya cuba memahami permasalahannya.

  • Menghargai
Wanita yang bersifat menghargai adalah wanita idaman kebanyakkan lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga. Penghargaan daripada wanita walaupun hanya sebaris ucapan, sudah memadai bagi lelaki yang sememangnya suka dipuji.

  • Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, menarik, bersih dan kemas. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

Wanita yang menjaga penampilan ini selalunya murah dengan senyuman, mempunyai motivasi diri yang tinggi, sentiasa meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.

Wanita ini juga suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun sudah melahirkan anak.

  • Pandai Berbicara
Lelaki selalunya tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut pasti dapat menyesuaikan dirinya. Dia bukan sekadar boleh menjadi teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respons dan pendapat yang baik.

Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. Dia juga tahu dan boleh menjadi pendengar yang baik, serta mampu mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

  • Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Dia tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, dia tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.

  • Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendirisebagai seorang wanita., bersikap sopan dan mempunyai etika. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.

  • Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yang bermurah hati, mengambil berat, bersimpati pada mereka yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih kawan. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah.

No comments:

Post a Comment